Ahad, 20 Oktober 2013




Orang Filipina Yang Mahu Disalib? Woo lama tak
update. Nak cerita pasal orang yang
mahu kene salib. Terdapat pebagai cara untuk
mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Ini
bergantung kepada kepercayaan masing-masing. Di
Malaysia masyarakat Hindu mengangkat kavadi pada hari Thaipusam bagi menunjukkan dedikasi
mereka kepada Dewa Muruga. Di Iran, penganut
Iran memukul diri sendiri dengan cemeti pada hari
Asura untuk mengilangkan dosa. Di Filipina pula
ada acara tahunan dimana penganut Kristian menyalib
diri mereka seakan-akan Jesus setiap hari Easter. Di San Fernando baru-baru ini 3 orang
penganut disalib pada hari Good Friday seperti
mana Jesus disalib. Sungguhpun tindakan mereka
dianggap "khurafat" oleh biskop Filipina, mereka
tidak mempedulikan "fatwa" ini dan tetap melakukan
acara tradisi tahunan mereka. Apakah yang anda sanggup lakukan demi
menunjukkan dedikasi anda kepada agama?
Meninggalkan komen anonymous mengutuk artis
tak tutup aurat di Blog Hiboran? Mengherdik
wanita yang tak pakai tudung di Facebook? Upacara
macam ni pernah keluar dalam dokumentari Ripley's Believe It or Not. Tak bahaya
kalau paku tu berkarat? Terserah kepada
kepercayaan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan