Ahad, 27 Oktober 2013

Jenis Air MIKOYAN yang dapat Menahan Peluru


Air Al Kalashnikov Dapat
Mengebalkan Diri Anda Dari Tembakan Kuala Lumpur - 31 Julai - Kes pembunuhan dan tembak menembak melibatkan pistol semakin
meningkat di negara kita sejak beberapa bulan
kebelakangan ini. Beberapa hari yang lalu
pengasas AMBANK ditembak mati di Kuala Lumpur
dan polis percaya ianya bermotifkan perniagaan.
Sebelum itu dua orang guru ditembak mati tanpa motif yang jelas Oleh sebab itu Mikhail Yurionov, seorang pengusaha air yang berasal dari St Petersberg Russia menawarkan Air Al Kalashnikov ke pasaran Malaysia. Menurut Mikhail air Al
Kalashnikov mampu memberikan kekebalan
terhadap tembakan peluru 7.62 milimeter kepada peminumnya. Apabila ditemuramah
wartawan Metroll pagi tadi, Mikhail berkata "Saya menemui sarang anai-anai yang
memakan jaket kalis peluru di sebuah kubu
era Soviet berhampiran St Petersburg tahun
lalu. Sebanyak 22 helai baju kalis peluru
habis dimakan anai-anai ini. Saya
terinspirasi untuk menapis air biasa melalui sarang anai-anai ini. Mungkin dengan izin
Marx dan Lenin peminum akan kebal seperti
jaket yang dimamah anai-anai" Apabila ditanya sama ada beliau mempunyai bukti
sains dan empirikal bahawa peminum Al
Kalashnikov akan menjadi kebal Mikhail berkata "Saya tiada bukti empirikal ataupun sains.
Yang pasti peminum harus percaya dan
berserah kepada Marx dan Lenin. Jika tidak
cukup percaya peluru akan tembus. Kalau
air Al Khadafi boleh dijual tanpa bukti yang
kukuh masakan air Kalahsnikov tidak boleh melakukan perkara yang sama?" Pihak pengusaha air Al Kalashnikov berkata jika
jualan air ini berjaya mereka akan cuba
memasarkan air Al Mikoyan Gureivich pula. Air Mikoyan Gureivich akan ditapis menggunakan
sarang anai-anai yang memakan sebuah pesawat
jet MIG 29. Mereka percaya air Al Mikoyan akan memberikan kekebalan dari serangan roket dan
bom kepada peminumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan